Imsak
05:38
Subuh
05:48
Syuruk
06:56
Zohor
13:00
Asar
16:20
Maghrib
18:59
Isya
20:10

Klang, Kuala Langat

Sabtu | 01-11-2025 | 10-J. Awal-1447

 إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا 

Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

❤️ waktusolat.cc

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan).

(Surah al-Ankabut: 69)

Marilah sama-sama kita menginsafi diri untuk menjadikan solat kita khusyuk dan sempurna agar tidak melakukan semata-mata tanpa diberi pahala oleh Allah SWT. Sesungguhya khusyuk adalah rahsia yang agung dalam solat. Justeru, solat tanpa khusyuk sama seperti badan tanpa roh. Dengan kadar kesempurnaan khusyuk, maka sempurnalah pahala.

Sebaliknya, siapa yang sentiasa dilalaikan dengan berfikir dalam urusan dunia pada masa solat maka solatnya tetap sah dan tidak perlu diulang tetapi kurang dan lemah nilai ibadah solatnya itu. Justeru, menjadi kewajipan kepada kita berusaha untuk mencapai khusyuk dalam solat. Sentiasalah bertaubat dan beristighfar dan bersungguh-sungguh dalam berdoa. Semoga Allah kurniakan kepada kita hati yang khusyuk dan amalan yang diterima.

Rukun dari segi bahasa bermakna asas atau tiang bagi sesuatu. Oleh itu, secara mudahnya, rukun solat solat bermaksud perbuatan-perbuatan yang tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.

  1. Niat
  2. Berdiri Lurus & Tegak
  3. Takbiratul Ihram
  4. Membaca Surah al-Fatihah
  5. Rukuk
  6. Iktidal
  7. Sujud dua kali
  8. Duduk antara dua sujud
  9. Duduk tahiyat akhir
  10. Membaca tahiyat akhir
  11. Membaca selawat ke atas Rasulullah S.A.W
  12. Memberi salam
  13. Tertib

Rukun solat terbahagi kepada 3 iaitu Rukun Qalbi, Rukun Qauli dan Rukun Fi’li.

  • Subuh

    Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

  • Zohor

    Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

  • Asar

    Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

  • Maghrib

    Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.

  • Isyak

    Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala.

  1. Menangis yang tidak mengeluarkan bunyi dan tidak tersedu-sedu atau hingga bergerak-gerak badan. Menangis di sini adalah kerana takut dan rasa berdosa kepada Allah SWT.
  2. Membunuh binatang berbisa yang membahayakan nyawa ketika sedang solat seperti lipan, ular dan kala jengking.
  3. Bergerak atau berjalan ke hadapan atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan sekiranya ada keperluan dengan syarat tidak sampai tiga pergerakan berturut-turut.
  4. Menjawab salam dengan isyarat anak jari atau tangan.
  5. Membetulkan imam dengan niat berzikir apabila imam tersilap seperti tersalah bilangan atau terlupa bacaan al-Fatihah. Makmum lelaki dibolehkan membetulkan imam dengan bertasbih (subhanallah). Bagi makmum wanita, perlu memperbetulkan imam dengan menepuk tangan ke atas belakang tapak tangan kiri.
  6. Mengingatkan imam yang terlupa ayat yang sedang dibacanya. Makmum boleh mengingatkan dengan membaca bacaan itu.
  7. Membaca dengan melihat al-Quran. Seseorang yang tidak hafal surah atau ayat al-Quran yang hendak dibaca dalam solat, boleh melihat al-Quran atau lembaran kertas yang bertulis ayat tersebut.
  8. Menggerakkan anggota badan seperti menggaru-garu di tempat yang gatal dengan syarat tidak sampai tiga kali berturut-turut. Sekiranya menggaru menggunakan anggota kecil seperti jari, tidak mengapa apabila melebihi tiga kali.
Waktu Solat Malaysia
Generasi Solat
Generasi Solat
Membina Generasi Solat dan Generasi Al-Quran

Wahai Saudaraku, Jagalah Solatmu

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Waktu Solat Malaysia
Waktu Solat Malaysia