Temengor, Belum
Rasulullah SAW bersabda: " Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas zohor sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka " (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
waktu solat malaysia
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.
Rukun dari segi bahasa bermakna asas atau tiang bagi sesuatu. Oleh itu, secara mudahnya, rukun solat solat bermaksud perbuatan-perbuatan yang tersusun dimana solat tidak akan lengkap dan tidak sah tanpanya.
- Niat
- Berdiri Lurus & Tegak
- Takbiratul Ihram
- Membaca Surah al-Fatihah
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud dua kali
- Duduk antara dua sujud
- Duduk tahiyat akhir
- Membaca tahiyat akhir
- Membaca selawat ke atas Rasulullah S.A.W
- Memberi salam
- Tertib
Rukun solat terbahagi kepada 3 iaitu Rukun Qalbi, Rukun Qauli dan Rukun Fi’li.
- Mendongak ke langit.
- Menoleh atau melirik sehingga berpaling muka dari tempat sujud tanpa sebarang keperluan. Sekiranya ada keperluan seperti mahu memastikan sama ada imam sudah rukuk atau belum, maka diharuskan. Perbuatan memalingkan muka tanpa sebab melambangkan seseorang itu tidak menghayati solatnya. Sekiranya memalingkan muka secara keterlaluan sehingga dada turut terpaling dari arah kiblat, maka terbatal solat.
- Menyapu-nyapu pasir, tanah, habuk dan benda-benda lain yang melekat pada tempat sujud lebih daripada sekali.
- Meludah ke kanan atau ke hadapan walaupun ketika solat di luar masjid.Tetapi meludah ke sebelah kiri diharuskan dengan syarat tiada orang di situ. Dibolehkan juga meludah ke bawah iaitu berhampiran tapak kaki kiri.
- Memberi isyarat dengan tangan kanan bertujuan menjawab salam atau hal-hal lain yang terpaksa dilakukan.
- Menahan kentut, menahan buang air kecil atau besar dan menahan lapar kerana perkara ini boleh menggangu kekhusyukan solat.
- Melakukan pekerjaan yang sia-sia yang membuatkan lalai dalam solat. Contohnya mematah-matahkan jari, menyilang-nyilang anak jari, memperbetulkan rambut, mengusap misai dan janggut, menutup hidung dan mulut tanpa sebab, bersandar pada dinding tanpa sebarang keuzuran dan seumpamanya.
- Solat dalam keadaan terlalu mengantuk.
- Membaca surah yang lebih panjang dalam rakaat kedua berbanding surah yang dibaca dalam rakaat pertama.
- Membaca surah dalam dua rakaat terakhir.Kecuali untuk makmum yang masbuq yang tertinggal dua rakaat awal daripada imam. Dia boleh membaca surah pada dua rakaat terakhir imam kerana untuk dirinya sendiri dua rakaat itu adalah dua rakaat awal.
- Membaca dengan nyaring di tempat yang sepatutnya dibaca perlahan. Contohnya, membaca al-Fatihah dengan nyaring pada rakaat ketiga dan keempat. Termasuk juga dalam masalah ini makmum yang menyaringkan bacaannya. Bahkan apabila bacaan nyaringnya itu mengganggu makmum lain, hukumnya haram.
- Melakukan duduk istirahah lebih lama daripada duduk antara dua sujud.
- Membaca tahiyat awal lebih panjang daripada tahiyat akhir.
- Tidak duduk secara iftirasy dan tawarruk.
- Merapatkan kedua-dua lengan ke lantai semasa sujud seperti anjing atau singa tidur.
- Menangis yang tidak mengeluarkan bunyi dan tidak tersedu-sedu atau hingga bergerak-gerak badan. Menangis di sini adalah kerana takut dan rasa berdosa kepada Allah SWT.
- Membunuh binatang berbisa yang membahayakan nyawa ketika sedang solat seperti lipan, ular dan kala jengking.
- Bergerak atau berjalan ke hadapan atau ke belakang, ke kiri atau ke kanan sekiranya ada keperluan dengan syarat tidak sampai tiga pergerakan berturut-turut.
- Menjawab salam dengan isyarat anak jari atau tangan.
- Membetulkan imam dengan niat berzikir apabila imam tersilap seperti tersalah bilangan atau terlupa bacaan al-Fatihah. Makmum lelaki dibolehkan membetulkan imam dengan bertasbih (subhanallah). Bagi makmum wanita, perlu memperbetulkan imam dengan menepuk tangan ke atas belakang tapak tangan kiri.
- Mengingatkan imam yang terlupa ayat yang sedang dibacanya. Makmum boleh mengingatkan dengan membaca bacaan itu.
- Membaca dengan melihat al-Quran. Seseorang yang tidak hafal surah atau ayat al-Quran yang hendak dibaca dalam solat, boleh melihat al-Quran atau lembaran kertas yang bertulis ayat tersebut.
- Menggerakkan anggota badan seperti menggaru-garu di tempat yang gatal dengan syarat tidak sampai tiga kali berturut-turut. Sekiranya menggaru menggunakan anggota kecil seperti jari, tidak mengapa apabila melebihi tiga kali.
- Subuh
Sahaja aku solat fardu subuh dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Zohor
Sahaja aku solat fardu zohor empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Asar
Sahaja aku solat fardu asar empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Maghrib
Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Taala.
- Isyak
Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat tunai kerana Allah Taala.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): " Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang). Surah Al-Hajj:ayat 26